Kempen Kutipan 20k

Mahukah kita melakukan 1 amalan yang pahalanya berpanjangan selama²nya.. walaupun kita sudah tiada di dunia ini.. berwaqaflah untuk penambahbaikkan bangunan TARBIYYAH AD-DARUNNAFIS

Assalamualaikum Wrt Wbt

Ini adalah misi untuk membuat kutipan sebanyak 20K pada kadar segera bagi membeli kipas, lampu, kos membuat siling (ceiling) memasang pagar, grill dan awning untuk asrama baru muslimat serta, untuk kegunaan pelajar-pelajar Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis yang mempunyai lebih dari 290 orang pelajar di madrasah yang mana pendapatan madrasah turut terjejas dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara kita sekarang ini.

Oleh itu, kami amat mengharapkan sumbangan orang ramai agar perkara baik ini dapat diteruskan dan lebih ramai lagi pelajar yang dapat manfaat dunia akhirat menuntut ilmu di madrasah ini.

Kami akan meneruskan kempen ini sehingga berjaya dengan izin Allah. Maka di ruangan ini saya merayu jasa baik semua untuk menyumbang kepada Madrasah

BANTULAH KAMI…

Tiada istilah sumbangan yang terlalu besar atau terlalu kecil.. Sumbang lah seikhlas hati, kerana kami sangat memerlukan sumbangan daripada anda

Seronok bila dapat tengok anak-anak kecil ini belajar dalam suasana yang selesa. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya perasaan mereka.. Allahu Akbar

Apabila mati anak Adam akan terputus semua amalannya kecuali 3 perkara:

  1. Sedekah jariah (wakaf)
  2. Anak yang soleh
  3. Ilmu yang bermanfaat

Semoga jasa baik para Budiman Dermawan.. dikurniakan Ilahi Syurga di wajah, Syurga di hati, Syurga di Kubur dan Syurga di Akhirat kelak dan SEMOGA JARIAH KITA SAMPAI KE ALAM ARWAH.

CARA MEMBUAT SUMBANGAN

  1. Pilih jumlah yang sumbangan yang telah ditetapkan (RM10/RM30/RM50/RM100/RM500)
  2. Atau boleh menyumbang mengikut kemampuan dangan cara klik butang JUMLAH LAIN dan masukkan amaun.
  3. Masukkan Nama dan Emel untuk rekod kami dan kemudian klik butang SUMBANG SEKARANG! 
  4. Penderma boleh memilih mana-mana BANK TEMPATAN atau KAD KREDIT/DEBIT untuk membuat sumbangan sehingga selesai (resit akan dihantar ke emel penderma sekiranya transaksi berjaya)

KEMPEN KUTIPAN 20K

RM7,211 of RM20,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00

Insya-Allah mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan urusan penambahbaikkan MADRASAH TARBIYYAH AD-DARUNNAFIS sehabis-habis mudah dan mempermudahkan juga urusan kalian yang budiman yang sudi mewakafkan, menderma, memviralkan, membantu dan mendoakan kami. Allahumma Amin.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian di bawah :

074387800(pejabat)
0197066094 (mudirah)
0137227800(mudir am)

Alamat Madrasah:
No 15, Jalan Suria, Taman Suria, 83000 batu pahat, Johor.

KEMPEN AKAN TERUS BERJALAN SEHINGGA SELESAI URUSAN PEMBAYARAN

Harap maaf! Tak dibenarkan!